Contoh RPH Mate ..


CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATEMATIK TAHUN 1

KELAS/
MASA/
MATAPELAJARAN
KANDUNGAN
IMPAK/CATATAN
1 AKHLAK
8.30-9.00
MATEMATIK

Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk    : Nombor Bulat Hingga 100
Standard Kandungan :
                Murid dibimbing untuk :
                1.3 menulis nombor
Standard Pembelajaran :
                Murid berupaya untuk menulis nombor     hingga 100 dalam :
a)    angka
Objektif : Di akhir pembelajaran, murid boleh menulis nombor 0 hingga 9 dalam bentuk angka.
EMK : Kreativiti dan inovasi (Persediaan,   Imaginasi, Perkembangan, Tindakan)
           TMK (jika berkaitan)
           Keusahawanan (jika berkaitan)
Aktiviti :
a. Tunjukkan kad angka 0 – 9 kepada  murid.     Murid membuat pemerhatian dan  bersoal   jawab.
b. Minta murid membentuk angka yang    diperhatikan di udara, pasir dan tanah liat.
c. Tunjukkan cara menulis angka dengan teknik   yang betul.
d. Agihkan murid kepada beberapa kumpulan.  Minta kumpulan membentuk nombor yang di  sebut pada pasir atau tanah liat.
e. Paparkan kad gambar kepada kumpulan. Minta   kumpulan menulis nombor dalam angka  berdasarkan gambar.
f.  Ulang aktiviti di atas dengan gambar yang lain.
g. Edarkan lembaran kerja kepada murid.
h. Bincangkan hasil kerja murid.


BBM :
Kad angka, kad gambar, tanah liat, pasir, buku teks, buku aktiviti.

Nilai/sikap :
Terapkan sifat bekerjasama semasa melakukan aktiviti.

Impak :
28 orang daripada 30 orang murid boleh menulis nombor 0 hingga 9 dalam bentuk angka.
2 orang murid lagi akan terus dibimbing.

Lagu Belajar Bentuk

Tiada ulasan: